Biografi Nana Mori

Nana dilahirkan di bandar Osaka pada tarikh 31 Ogos 2001[1] dan membesar di Ōita sepanjang masa kanak-kanaknya. Pada 2016, dia telah didatangi oleh ejensi pencari bakat ARBRE.

Pada tahun 2021, dia menandatangani kontrak muzik pertamanya dengan SMA (Sony Music Artist/Muzik Artis Sony).[2] Pada tahun 2023, dia berjaya mendapat peran bintang bagi pertama kali dalam kerjayanya di siri TV Drama Jepun bertajuk The Makanai: Cooking for the Maiko House berperan sebagai Kiyo.